Hari ini begitu mudah kita melihat apabila terdapat segelintir lelaki yang bergelar suami hanya membiarkan isteri mereka mendedahkan aurat tanpa ada sebarang perasaan bersalah pun dihati si suami dan ada juga yang hanya membiarkan anak-anak mereka terjerumus ke lembah maksiat.
Kadangkala ada yang membiarkan anak perempuannya tidak menutup aurat,
ditambah dengan pakaian yang menjolok mata menjadi tatapan lelaki yang
bukannya mahramnya.
Lelalaki Dayus, terlalu banyak intipati dalam isu ini kerana tuntutan tanggungjawab wajib seorang suami dan ayah terlalu banyak untuk dibincangkan. Bagi meringkaskan tazkirah ini, ianya akan fokus kepada “Lelaki dayus yang tidak akan masuk ke surga yang dimaksudkan Rasullullah s.a.w” sahaja dahulu.
.
Nabi s.a.w bersabda:
1. Sabda Nabi:
2. Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama pernah diajukan dari sahabat lain tentang siapakah dayus, lalu Nabi menjawab (sepeti dibawah):
Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus. Imam Az-Zahabi menerangkan berkenaan dayus dengan katanya :-
Lelalaki Dayus, terlalu banyak intipati dalam isu ini kerana tuntutan tanggungjawab wajib seorang suami dan ayah terlalu banyak untuk dibincangkan. Bagi meringkaskan tazkirah ini, ianya akan fokus kepada “Lelaki dayus yang tidak akan masuk ke surga yang dimaksudkan Rasullullah s.a.w” sahaja dahulu.
.
Nabi s.a.w bersabda:
“Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS” – Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278″Dalam sebuah hadith lain pula:
“Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa serta suami dan si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya” – Riwayat Ahmad”Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah dimaksudkan sebagai lelaki dayus.
Apakah yang dimaksudkan dengan Dayus?
Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu:1. Sabda Nabi:
Dari Ammar bin Yasir berkata,Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki dayus adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.
ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata :
“Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak”
lalu sahabat berkata : “Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus?,”
berkata nabi : “Iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahli keluarganya (Isteri dan anak-anaknya) – Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat.
2. Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama pernah diajukan dari sahabat lain tentang siapakah dayus, lalu Nabi menjawab (sepeti dibawah):
Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?
Jawab Nabi : Iaitu seseorang lelaki yang membiarkan kejahatan (zina, buka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya)
Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus
Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-“seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
Dayus adalah dosa besar
Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :“Allah telah melaknat lelaki dayus (laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320)”Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama juga dalam hal kedayusan lelaki ini.
Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus. Imam Az-Zahabi menerangkan berkenaan dayus dengan katanya :-
“Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat” – Al-kabair, 1/45″
Ciri-Ciri Lelaki Dayus?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi dayus, berikut antaranya:- 1 Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika kerja) atau di luar rumah, mahupun hanya mata yang menikmati
- 2 Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan siapa (lelaki atau perempuan), serta apa tidak tanduknya di pejabat dan siapa yang menghantar
- 3 Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) ketika menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat
- 4 Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya
- 5 Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘sporting’ yang memahami
- 6 Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah
- 7 Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram
- 8 Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali
- 9 Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna
- 10 Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam (seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya)
- 11 Membiarkan isterinya melahirkan dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan
- 12 Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita
- 13 Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu
- 14 Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian
- 15 Membiarkan kemungkaran dan keingkaran ‘tanggungannya’ (isteri dan anak-anaknya yang derhaka)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar